Hannah Maleeha Story......

Lahirnya seorang puteri.....yang dinamakan Hannah Maleeha...

Hari ini merupakan hari ke-47 Maleeha dilahirkan ke dunia. Maksudnya dah hari ke-47 barulah aku berpeluang menghasilkan dan menulis blog ini. Namun akan aku coretkan satu persatu rentetan kewujudan ciptaan Allah swt ini..untuk dikongsi bersama.

Disember 2010..kali pertama aku berjumpa pakar sakit puan di Columbia Asia Hospital Puchong setelah temujanji diaturkan oleh en hubby. Terdetiknya hati ingin sekali berjumpa pakar sakit puan..kali terakhir sebelum ini dengan Prof. Dato' Dr Hamid Arshat pada tahun 2004,...Dr Raja Juhaidah Raja Abdullah kerana mengalami pendarahan datang bulan yang banyak...tidak seperti kebiasaannya...walaupun aku datang bulan 3 bulan sekali. Setelah di Scan apa yang disampaikan dan yang dicadangkan oleh Dr Raja sama dengan apa yang dicadangkan oleh Dr Hamid Arshat sebelum ini..iaitu aku mengalami 'Polycystic Ovary' dan perlu melakukan ovarian drilling...laparoscopy.

30 Mac 2010...aku menjalani ovarian drilling di Columbia Asia Hospital..sebagaimana yang dicadangkan..aku dapat 3 minggu cuti sakit...sonot tuuu..tp sakit wooo..Hampir 2 jam aku di dalam operation room...aku tidak sedarkan diri kerana dibius sepenuhnya, tp semuanya aku tonton dalam vcd yang diberi oleh pihak hospital....eeee ngeri betulllll.

Pertengahan Mei 2010...adalah kali pertama aku datang bulan slps ovarian drilling. Hari kedua datang bulan aku mengambil pil hormon clomidphene..atas nasihat Dr Raja..hari ke-12 aku melakukan scan untuk melihat kematangan telur/ovum yang dihasilkan..pada masa tu telur belum matang lagi. Hari ke 16 aku pergi scan sekali lagi..kali ni dah cukup matang dan perlu diproses...hehehe faham-faham la proses camna...

25 Jun 2010..seawal pagi aku membuat ujian urine...dan mengejutkan en hubby untuk memberitahu berita gembira yang kami tunggu bertahun-tahun. untuk memastikan aku betul-betul mengandung..keesokannya aku melakukan ujian darah. Sah...aku mengandung 4 minggu...dan dijangkakan bersalin pada 1 Mac 2011.

7 Februari 2011..kandungan ku masuk ke minggu 37..setelah seminggu cuti Tahun Baru Cina..pagi ini aku bangun jam 6.15pg untuk ke sekolah..aku dapati air ketubanku telah pecah...Allahuakbar..persiapan ke hospital belum aku packing. Jam 8pg baru bergegas ke hospital stlh mengambil sarapan 3bj telur masak separuh, segelas susu dan sebungkus nasi lemak yang dibeli di kedai depan. Aku terus dimasukkan ke labour room..setelah diperiksa br 2cm buka..aku disuntik ubat supaya sakit..jam 11.30..masih lg 2cm..Dr Raja Juhaidah mencadangkan aku bersalin ceaser ..c-section kerana bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungan...takut lemas kekurangan oksigen. Jam 12.15pm aku dimasukkan ke dalam operation room..jam 12.45pm dr menunjukkan baby yang selamat dikeluarkan....hanya Allah swt sahaja lah yang tahu perasaan aku ketika itu...

Baby seberat 2.59kg dan panjang 49cm ditunjukkan secara tergantung kepadaku...matanya terbuka luas melihat dunia...welcome to the world...yang penuh dugaan dan cabaran puteriku...semoga kau menjadi anak yang solehah, memperoleh ilmu dunia dan akhirat yang seimbang..pembimbing masyarakat dan adik-adikmu kelak...Amen.


4 comments:

  1. Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan, atau sakit berlebihan ketika haid..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.

    ReplyDelete
  2. salam

    nak tanya bole??actually saya pun tngah usaha tuk pregnent,saya ada cyst..da try banyak klinik,tapi smua cek camtu2 jer.saya nak tanya kos permulaan kat clumbia bape ek??pastu service n rawatan kat sana ok x?

    ReplyDelete
  3. salam bole sy tau kos ovarian drilling tu brape?

    ReplyDelete
  4. salam bole sy tau kos ovarian drilling tu brape?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...